PENULIS CERPEN MOMOGUN RUNGUS

Photobucket
PCMR Radio Streaming

Jumaat, 30 Disember 2011

CIkGU nAtAsHa EzAnIe

Rasanya ingin sahaja aku menghilang dari tempat ini. Ingin aku menutup wajah dengan kedua-dua belah tanganku dan berlari sejauh mana yang boleh berselindung disebalik gumpalan awan-awan kelabu itu. Namun isteriku begitu santai sekali dengan semuanya. Isteriku sama sekali tidak mempedulikan tatapan mata mereka yang begitu sinis memanah anak mata.Walaupun mereka sahabat-sahabatku dan sebahagian besarnya adalah bekas anak muridnya dulu sewaktu aku bersekolah disitu. Namun tatapan mereka terhadapku terlalu banyak berubah. 

Memang wajar, ini adalah reunion sekolah kami setelah sepuluh tahun berlalu. Sahabatku semua telah
banyak berubah.. Aku adalah bekas anak murid isteriku ketika zaman sekolah dulu. Jadi kami berdua menghadiri reunion ini berharap agar dapat bernostalgia dengan masa-masa zaman sekolah dulu sambil mengulit kenangan terindah bibit cinta bertasbih antara pelajar dengan cikgu. Namun semua berbeza sungguh dengan apa yang aku harapan. Semua tatapan mereka seakan-akan melontarkanku ke satu alam maya yang begitu asing sekali dan mengheret perasaanku membeku seperti sejuknya kabus-kabus menyelemuti Gunung Kinabalu. 

Odez,apa khabarmu?, Dimana kau kerja?Kata Leonardo menepuk bahuku. 

Emm,aku baik.. Aku bekerja di Markas Wilayah Laut 3 sebagai pegawai operasi peperangan paras permukaan." Kataku. 

Hahaha, hebat. Kalau begitu, kau harus menjadi tenaga kerja sebagai jurulatih unit beruniform di sekolah ini untuk membantu para guru-guru melatih pelajar berkawad dan sebagainya seperti En.Eredick.Kata Leonardo begitu bersemangat menunjukkan En.Eredick yang tersenyum simpul di ruangan itu.

............Aku diam membeku tanpa memberi sebarang respon dengan kata-kata Leonardo itu.. 

"Dengar-dengar anak buahnya baru sahaja memenangi tempat pertama dalam pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan baru-baru ini yang telah diadakan di pulau Langkawi. Yaaahhhh, mungkin itulah hasil titik peluh jurulatihnya yang sungguh berkarliber dan berwawasan mendidik anak-anaknya supaya menjadi lebih berdisplin demi mencapai target sekolah. Mungkin itu tuah mereka juga tahun ini sebab dengar-dengar macam terlalu sengit juga saingan dari sekolah yang mewakili tiap-tiap negeri diseluruh Malaysia. Hahaha" Kata Leonardo dengan lebih lanjut. Aku semakin membeku membisu. 

Mengapa mereka semua membicarakan hal-hal seperti ini?.. Aku fikir reunion ini mengenang kembali masa-masa dulu. Aku ingatkan
reunion ini untuk melepaskan segala rasa rindu pada kenangan masa lalu. Mengapa mereka semua membicarakan sesuatu yang sama sekali aku tidak mengerti?? Mengapa aku rasa sungguh terasing disini?? Mengapa mereka semua harus menghantar dan menghukum  aku di ruangan yang penuh sesak ini dengan jutaan badai tsunami persoalan menyekat kotak fikiranku berputar ligat mencari sisa-sisa jawapan kenangan silam.

Ruangan ini terlalu penuh dengan kemewahan, masing-masing sahabatku telah menjadi kaya-raya
dan sukses dengan bidang perniagaan. Sementara aku pula hanya bekerja sebagai pegawai Tentera Laut dan isteriku sebagai cikgu di sekolah ini. Kami bernikah setelah aku tamat pengajian sekolah menengah (SPM) dan melanjutkan pelajaran di Kolej Tentera Laut sama seperti sahabat-sahabatku yang lain. 

Aku memperhatikan wajah isteriku dari kejauhan. Wajahnya ceria, sama seperti sepuluh tahun yang lalu. Mengapa aku tidak boleh sepertinya? Ceria dan percaya dengan diri penuh keyakinan menghadapi teman-temanku. Apakah aku memperhatikan pakaian isteriku yang penampilannya agak sederhana sahaja. Adakah aku memperhatikan baju isteriku yang harganya murah serta fashion lama tidak setanding dengan pakaian mereka semua. Itu adalah baju yang aku hadiahkan sempena hari lahirnya beberapa bulan yang lalu. 

Semakin fikiranku menjadi kusut melihat teman-temannya berpakaian seperti lagak peragawati pakaian masa kini dengan perhiasan yang melingkari jari-jemari dan tangan yang penuh barang kemas. Sementara isteriku pula hanya memiliki dua cincin berlian lima karat yang aku belikan saat pernikahan kami sepuluh tahun yang lalu. Melihat penampilanya itu, ingin saja rasanya aku menangis. 

Aku berjalan mendekatinya dengan gementar dan rasa serba salah. Aku akan mengajaknya pergi dari ruangan yang membuat fikiranku sesak. Aku rasa telah gagal menjadi seorang suami yang boleh memberikan kebahagian kepadanya kerana terlalu sibuk dengan tugas dibahu mempertahankan kedaulatan perairan negara dari anasir musuh. Aku harus mengajaknya pergi sebelum dia menyedarinya, hanya kami berdua sahaja yang kelihatan begitu terasing di sini. 

"Cikgu Natasha, lihatlah ini. Ini suamiku membelikan rantai ini ketika dia balik dari England. Kau tahu?.. Harganya di sini lebih sepuluh kali ganda lebih mahal.
Kata Mely kepada isteriku. 

Ooowwhhh, Kau Odez kan?.. Kau suami cikgu Natasha kan ?” Tanya Mely. 

Iya.” jawabku singkat. Aku kemudian menatap Natasha dan menganggukkan kepala mengajaknya pergi. Tapi cikgu Natasha, isteriku hanya tersenyum. Lalu dia melanjutkan perbicaraanya dengan Mely. 

Iya Ely, rantai lehermu cantik.” Kata isteriku sambil tersenyum. 

Kenapa, kamu mahu membeli rantai leher seperti ini?Soal Mely kepada isteriku sambil merenung wajahnya. 

Hehehe, tidak mahulah. Cincin ini pon sudah cukup mewah bagiku.” Kata isteriku. 

Mewah?.. Bukankah itu cuma hanya cincin biasa harga murah dan patern lama sahaja?" sinis Mely. 

Mungkin tidak berharga.Tapi nilainya amat bererti bagikuKata isteriku. 

Nilai? Tanya Mely kebingungan. 

Benar, ini adalah hadiah pernikahan yang diberikan oleh suamiku. Dan nilainya tidak boleh di beli dengan wang ringgit atau kedudukan setinggi mana pun..Mely diam seribu bahasa. Lalu beredar dengan senyuman sinis. 

Dada bergetar hebat seperti terkena renjetan elektrik. Darahku mengalir dengan begitu kencang sekali. Aku merasakan sungguh bahagia dan teruja bercampur terharu pada waktu yang sama. Membuatku lebih kuat dan berani jauh dari sebelumnya. Aku merasa sangat bangga dan percaya diri kembali. Kemudian mengikuti acara reunion itu sampi akhir.......... 

Saat kami berpisah dengan sahabat-sahabatku. Aku boleh tersenyum seperti dulu. Meskipun mereka menaiki kereta pancuan empat roda yang mewah-mewah. Aku tidak peduli. Lalu ketika dalam kereta sewaktu menuju pulang ke rumah.Aku bertanya kepada isteriku. 

Kamu serius sewaktu berbicara dengan puan Mely tadi?Tanyaku. 

Tentu sahaja sayangku. Di dunia ini ada hal yang berharga mampu dibeli oleh mereka yang mempunyai wang ringgit banyak. Namun hal-hal yang bernilai tidak semua orang mampu memilikinya.” Kata isteriku sambil tersenyum. 

Aku memegang tangannya. Dia bersandar pada bahu ku sambil menikmati pemandangan lewat tingkap cermin kereta. Saat itu aku betul-betul bahagia. Namun aku juga berjanji pada diri sendiri supaya akan lebih membahagiakan isteriku walau dalam keadaan yang tidak mengira masa bertugas di tengah samuderaya ataupun semasa berada di sisinya. Aku berjanji akan membahagiakannya dengan mengisi lewat usia ini dengan hal-hal yang jauh lebih bernilai dan berharga. 
Aku lama memerhatikan keindahan wajahnya yang cantik. Kueratkan genggaman tangan. Aku menitiskan butir-butir mutiara bahagia. Lalu aku berkata dalam hati.
Cikgu Natasha...Aku sayang kamu..
YA ALLAH,TERIMA KASIH KERANA KAU TELAH TEMUKAN AKU DENGAN WANITA YANG SEDERHANA INI TETAPI MULIA,AKU SUNGGUH..BENAR-BENAR MENCINTAINYA SEHINGGA KE AKHIR HAYATKU.










It's Me KeOn'Z

1 ulasan: